Tuesday, August 18, 2009

Puisi Khas

Pesan Buat Anakku

Anakku
manusia hari ini
wajahnya boleh bertukar ganti
dan bicaranya pelbagai nada
mengikut masa dan suasana
justeru
jangan mudah kau percaya
walaupun bicaranya mesra
wataknya penuh ceria
tapi manusia berpura-pura
pandai berlakon menjerat mangsa
tanpa kita rasa curiga.

Anakku
hidup jadi berkat dan selamat
dunia dan akhirat
jika kau selalu beringat
dan tak tinggalkan solat.

No comments:

Post a Comment