Tuesday, August 18, 2009

Puisi Khas

Pesan Buat Anakku

Anakku
manusia hari ini
wajahnya boleh bertukar ganti
dan bicaranya pelbagai nada
mengikut masa dan suasana
justeru
jangan mudah kau percaya
walaupun bicaranya mesra
wataknya penuh ceria
tapi manusia berpura-pura
pandai berlakon menjerat mangsa
tanpa kita rasa curiga.

Anakku
hidup jadi berkat dan selamat
dunia dan akhirat
jika kau selalu beringat
dan tak tinggalkan solat.

Monday, August 17, 2009

Feadah Menonton Televisyen

tv_homepage.gifTelevisyen ialah salah satu media massa yang sangat penting.Kini,setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya seunit televisyen.Televisyen banyak menyumbangkan faedah kepada kita.
Salah satu faedahnya ialah televisyen dapat menambahkan perbendaharaan kata.Sari kata yang dipaparkan di bahagian bawah skrin televisyen dapat mengenalkan pelbagai perkataan yang baharu kepada penonton.Bagi pelajar sekolah pula,mereka dapat menggunakan perbendaharaan kata tersebut semasa menulis karangan.
Aktiviti menonton televisyen juga dapat mengeratkan perhubungan antara ahli keluarga.Malam ialah waktu yang sesuai untuk ahli keluarga berkumpul selepas waktu pekerjaan

Monday, July 13, 2009

JOHAN BAHAS ALA PARLIMEN PERNGKAT DAERAH

Pertandingan bahas ala parlimen peringkat daerah Tampin telah diadakan pada 29-31/o3/2009.SMKTI telah mendapat johan dalam pertandingan ini.Kalau sesiapa tak percaya, cubakanlah percaya.Lu pikirlah sendiri!!!!......:-)